6 Faktor Sebelum Beli Rumah Undercon.


Rumah Underconstruction (Rumah Undercon) atau rumah dalam pembinaan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Antara faktor yang perlu di ambil kira sebelum membeli Rumah Undercon ialah:
1. Status dan track-record pemaju.

2. Harga rumah yang ingin kita beli.

3. Berapa lama jangkamasa pembinaan sehingga siap.

4. Apakah kemudahan yang disediakan.

5. Apakah “booster” yang ada atau kebolehpasaran untuk kawasan atau projek tersebut.


Antara “Kelebihan” membeli Rumah Undercons

Kelebihan #1 Rumah yang baru
Antara sebab utama kenapa kita membeli Rumah Undercon ialah kerana kita akan mendapat rumah yang baru. Kita boleh pilih rumah yang macam mana yang kita inginkan. Pengubahsuaian rumah juga lebih senang kerana ia masih kosong seperti kita dapat “baby” baru.


Kelebihan #2 Harga Lebih Murah
Harga pembelian rumah baru yang belum siap lebih murah berbanding rumah baru yang telah siap (Untuk pembelian rumah yang sama). Pastikan kita tahu berapa harga pasaran “per square feet (psf)” di kawasan tersebut, untuk menilai harga pembelian rumah baru berpatutan atau tidak. Pembelian rumah sebelum pembinaan kebiasaannya lebih rendah berbanding setelah rumah tersebut siap dan sedia untuk didiami.


Kelebihan #3 Progresive Interest Payment
Sepanjang tempoh pembinaan, pembeli hanya perlu bayar “progressive interest payment” sahaja, berdasarkan “progressive release payment” oleh pihak bank kepada developer. Bayaran “progresive interest payment” ini bergantung kepada “stage of completion” atau peringkat pembinaan projek tersebut yang sedang dibina. Semakin tinggi peratusan siap bina, semakin bertambah bayaran “progresive interest payment” ini.


Kelebihan #4 Rebat atau diskaun
Biasanya untuk pembelian Rumah Undercon, ia disertakan dengan rebat dan diskaun kepada pembeli. Dengan itu harga yang ditawarkan akan menjadi lebih menarik atau lebih rendah berbanding harga yang di iklankan. Rebat dan diskaun bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh pihak pemaju.


Kelebihan #5 Free S&P agreement
Salah satu pakej biasa yang di tawarkan oleh pihak pemaju (developer) ialah mereka akan membayar kos guaman untuk “Sales & Purchase (S&P/SNP) agreement”. Jangan silap, masih ada satu lagi “Loan agreement fee” yang perlu di bayar oleh pihak pembeli jika pembelian tersebut dilakukan melalui pinjaman bank. Kos “loan agreement fee” takkan di tanggung oleh pihak pemaju.


Kelebihan #6 Booking free yang rendah
Booking fee untuk pembelian rumah undercon biasanya lebih rendah berbanding pembelian rumah subsale. Booking yang biasa dikenakan oleh pihak pemaju ialah RM1000, RM3000, RM5000 berbanding booking fee untuk rumah subsale melalui ejen hartanah iaitu 3% dari harga jualan rumah. Cuma “booking fee” untuk pemilikan RumaWIP adalah agak tinggi iaitu RM15000 untuk projek yang “hot” iaitu mendapat sambutan permintaan yang tinggi.

Sumber gambar dari : https://accsoleh.files.wordpress.com/2015/01/tips-dan-cara-jitu-cari-perumahan-murah.jpg?w=750&h=380&crop=1
Sumber maklumat dari : http://www.halalmoney.my/6-faktor-yang-anda-perlu-ketahui-sebelum-membeli-rumah-underconstruction-untuk-elak-kerugian-baca-perkongsian-ini-sampai-habis/

Comments

Popular posts from this blog

Undercon atau subsale?